Afgan positif COVID-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia, Afgan, 32, mengesahkan dirinya positif COVID-19 dan melakukan kuarantin kendiri di kediamannya di Jakarta.

Bagaimanapun, Afgan atau nama sebenar, Afgansyah Reza bersyukur tidak mengalami simptom kronik dan berusaha menjaga kesihatan agar lekas sembuh.

“Jadi, nampaknya, saya dijangkiti COVID-19. Ini hari keempat saya dan setakat ini, saya tidak mengalami simptom… Barangkali saya sudah divaksin.

Afgan menasihatkan peminat agar mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bagi mengelak simptom teruk andai dijangkiti virus berkenaan. Foto IG Afgan
Afgan menasihatkan peminat agar mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bagi mengelak simptom teruk andai dijangkiti virus berkenaan. Foto IG Afgan

 

“Jadi, semua orang, tolong dapatkan vaksin COVID-19 kerana sekiranya anda dijangkiti, ia tidak akan teruk,” katanya melalui perkongsian di Instagram (IG).

Penyanyi yang popular dengan lagu Jodoh Pasti Bertemu itu terus aktif di rumah dengan melakukan senaman ringan.

“Beginilah cara saya untuk kekal aktif sepanjang tempoh kuarantin, sekadar melakukannya secara ringan dan mudah.

“Buat anda yang dijangkiti COVID-19 tanpa gejala seperti saya, jika mahu bersenam, lakukanlah dengan ringan. Kita hanya mahu endorphin itu terus bekerja, kerana tidak mahu ia meletihkan kamu.

“Mereka yang masih sihat, teruskan menjaga kesihatan. Mereka yang dijangkiti COVID-19, semangat untuk cepat sembuh,” katanya.

Sementara itu, ruang komen akaun IG Afgan dibanjiri kata-kata semangat pengikut yang mendoakan dirinya cepat sembuh.

Sebelum ini, beberapa artis Indonesia seperti Rossa dan Bunga Citra Lestari disahkan positif COVID-19.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat