Pekerja Sektor Perkilangan Dan Pembuatan Wajib Buat Ujian RTK Dua Kali Minggu – Azmin Ali

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Semua pekerja sektor perkilangan dan pembuatan perlu menjalani ujian Rapid Test Kit (RTK) dua kali seminggu berkuat kuasa Rabu lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata langkah berkenaan dikuatkuasakan bagi memperketatkan lagi syarat kebenaran pengoperasian kilang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terutama di Selangor.

Katanya, langkah awal itu dilihat mampu mengenal pasti kes jangkitan COVID-19 dengan lebih awal dan membolehkan pekerja disahkan negatif dibenarkan datang ke tempat kerja.

“Majikan perlu memberikan kerjasama dan tanggungjawab bagi menanggung sepenuhnya kos saringan berkenaan.

“Saya menyeru majikan tidak mengambil kesempatan di atas peluang diberikan kementerian ini kerana ramai tidak patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) dan memandang ringan perkara ini,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, langkah penjagaan SOP ketat perlu seiring dengan tindakan secara praktikal bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 daripada terus merebak terutama di tempat kerja.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat