Jangan Bagi Muka Kepada Pemain, Pesan Jalani Kepada Flandy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas pakar beregu kebangsaan, Datuk Seri Jalani Sidek menasihatkan ketua jurulatih beregu lelaki negara yang baharu, Flandy Limpele supaya tidak terlalu memberi muka kepada pemain.

Jalani berkata, beliau memahami bahwa adalah penting bagi jurulatih dan pemain mempunyai hubugna baik tetapi ia perlu ada had bagi melancarkan tugasnya melahirkan ‘sang juara’.

“Saya tidak nafikan penting untuk dia (Flandy) mengenali hati budi pemainnya kerana daripada situ dia boleh tahu apa yang dia perlu lakukan.

“Namun, hubungan dia dengan pemain perlu ada had kerana faktor itulah yang akan membuatkan dia dihormati oleh pemain. Kalau pemain hormat dia, sudah pasti pemain akan berjuang untuk dia.

“Dia perlu pastikan pemain ikut apa yang dimahukannya untuk memastikan pemain menghasilkan keputusan yang dimahukan,” kata Jalani seperti dilaporkan BH Online.

Jalani, berkata Flandy juga tidak boleh mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dan memahami keadaan semasa badminton negara.

Katanya, peminat hanya mahu melihat kepada kejayaan secepat mungkin terutamanya membabitkan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang sehingga kini masih kemarau gelaran antarabangsa sejak digandingkan pada 2017.

“Ini adalah antara cabaran yang perlu dihadapi Flandy. Dia tidak boleh buang masa.

“Aaron-Wooi Yik memiliki kualiti dan pernah mara sehingga final Seluruh England (2019) tetapi kenapa masih belum jadi juara. Jadi, inilah tugas Flandy, bagaimana caranya dia mahu buat pasangan itu jadi juara,” katanya.

Flandy yang baru tiba dari Jakarta akan memulakan tugasnya bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas selepas menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pemenang pingat gangsa Olimpik Athens 2004 itu dilantik bagi mengambil alih tugas rakan senegara, Paulus Firman yang ditukarkan mengetuai barisan kejurulatihan beregu campuran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat