Roti Canai Berbentuk Ular Haram Dimakan?

Saringan Komuniti Di Meru Bermula Rabu

SHAH ALAM: Saringan komuniti bersasar terhadap penduduk di sekitar Meru, Klang akan dimulakan pada Rabu ini, susulan kenaikan mendadak kes positif COVID-19 di negeri...

Keputusan Liga Perdana Inggeris

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris: Leicester 1 (Barnes 86) Fulham 2 (Lookman 30, Cavaleiro 38-pen) West Ham 2 (Ogbonna 2, Bowen 46) Aston Villa 1...

Banjir: Baru 2 Hari Balik Rumah, Kena Pindah Semula Ke PPS

BAGAN SERAI: Baru dua hari balik rumah, kena pindah semula ke pusat pemindahan sementara (PPS). Itu nasib sebahagian mangsa banjir dari Kampung Matang Tengah...

Pentadbiran Joe Biden Bakal Dianggotai Ramai Wanita, Orang Kulit Berwarna

PENTADBIRAN bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan dianggotai ahli daripada pelbagai latar belakang etnik termasuk orang kulit berwarna dan wanita. Perkara itu menjadikan...

Nadma Sedia Aktifkan Semula Fasiliti Di MAEPS

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedia mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),...

KOTA BHARU, 10 Julai — Hukum membeli dan memakan makanan berbentuk haiwan berbisa seperti roti canai ular yang tular baru-baru ini adalah tidak haram, selagi bahan yang digunakan untuk membuat makanan itu adalah daripada sumber yang halal.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ini kerana tujuan pembelian itu adalah semata-mata untuk dimakan dan bukan untuk diagungkan.

“Kita semua sedia maklum, bahawa kandungan roti canai itu hanyalah tepung gandum sahaja dan ia datang daripada sumber yang halal. Jadi tidak timbul sekalipun isu haram jika memakan roti canai berbentuk ular.

“Bagaimanapun, hukum memakan ular tetap haram kerana ia mengandungi bisa yang akan memudaratkan manusia namun roti canai ular ini cuma menyerupai bentuk sahaja, bukan kandungannya yang memudaratkan manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas tindakan segelintir masyarakat yang mempersoalkan hukum memakan roti canai berbentuk ular yang tular di media sosial serta aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

Mohamad Shukri turut mengingatkan umat Islam agar tiada unsur mempersendakan agama ketika memakan roti canai ular berkenaan.

“Seperti contoh, jika kita minum air kosong namun kita menyamakan air itu dengan arak adalah tidak dibenarkan, sama juga jika memakan roti canai ular ini namun dibanggakan seperti memakan ular yang betul adalah tidak dibenarkan kerana seolah-olah mempermainkan hukum Islam.

“Malah, masyarakat juga diingatkan agar tidak menggembar-gemburkan dan cepat menghukum sesuatu perkara yang tidak pasti. Seboleh-bolehnya pandanglah sesuatu perkara daripada sudut yang lebih positif,” katanya.

Semalam, akhbar melaporkan roti canai ular yang dihasilkan oleh seorang pengusaha roti canai, Che Harun Ali, 46, dari Kampung Kubur Kuda di sini, mendapat sambutan ramai selepas tular di media sosial.

— BERNAMA

Foto: Sumber Internet

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Selepas perang dengan ayam dan anjing, hari ini Covid-19 di Lahad Datu konspirasi politik – Mohammadin

KOTA KINABALU – Belum reda isu dikecam memperlekeh anggota keselamatan dalam Op Daulat 2013, Datuk Mohammadin Ketapi hari ini menuduh peningkatan penularan Covid-19 di...

Timbalan Menteri Padam Catatan Facebook Pertikai Veveonah

Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri, telah memadam catatan Facebook beliau yang mempertikai tindakan Youtuber Veveonah Mosibin menjawab...

Veveonah Tinggal Dalam Pekan, Bukan Kg Sepatalang – Rahim Bakri

Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini, mempertahankan kenyataan bahawa tindakan Veveonah Mosibin memanjat pokok untuk mendapat talian internet bukanlah satu keperluan...