Bekas Pemain Bola Sepak “The Red Worriors” Kini Penternak Arnab

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Vaksin Covid-19, Minat Pelabur Dorong Kenaikan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR - Keyakinan berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan minat risiko yang bertambah baik telah membantu Bursa Malaysia ditutup di paras tertingginya dalam tempoh...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...

Agong Berkenan Tinjau dan Sertai Operasi SAR

TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR)...

TUMPAT, 8 Julai  — Sebut sahaja nama Muhammad Ramzul Zahini Adenan, peminat bola sepak tempatan pasti terbayang kelincahan bekas penyerang itu beraksi di atas padang mewakili beberapa pasukan bola sepak terutamanya pasukan The Red Warriors, ketika masih di puncak Liga Malaysia (Liga-M).

Namun, akibat kecederaan ligamen lutut atau Anterior Cruciate Ligament (ACL) ketika tenaganya masih lagi ditagih pasukan terakhir yang beliau wakili, T-Team, menyebabkan pemuda berusia 33 tahun terpaksa bersara daripada sukan yang sudah menjadi darah dagingnya.

“Tahun 2017 menjadi kemuncak kerjaya saya bersama T-Team, selepas mewakili pasukan itu antara 2014 hingga 2017. Kecederaan ACL kali ketiga menyebabkan saya berundur daripada sukan bola sepak, sejak mula menjadi pemain profesional pada usia 17 tahun selepas menyertai Akademi Bola Sepak Kelantan pada 2004.

“Namun takdir menentukan segalanya. Selepas mencapai kejayaan dalam sukan bola sepak, saya kini mula berjinak-jinak menceburi bidang penternakan arnab pedaging pada 2018, selepas setahun bersara daripada sukan berkenaan,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Pasir Pekan Hilir, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, pemilik dan pengurus Ramzul Adenan Farm itu, berkata bidang penternakan arnab pedaging bermula sebagai hobi selepas diperkenalkan oleh seorang rakan yang telah lama menceburi bidang berkenaan ketika beliau dalam proses pemulihan kecederaan ACL yang dihadapinya.

Bermodalkan RM5,000 sebagai modal permulaan, beliau membeli 20 ekor arnab pedaging jenis New Zealand White dan membina kandang kecil.

“Induk arnab baka ini sedikit mahal, berharga antara RM300 hingga RM400 seekor kerana ia berbadan besar dan mampu menghasilkan daging yang banyak serta boleh melahirkan anak yang banyak.

“Selepas setahun berjinak-jinak dengan penternakan secara kecil-kecilan, saya kemudiannya memutuskan untuk memeliharanya dengan jumlah yang banyak dan melaburkan kira-kira RM50,000 bagi membina ladang arnab di sebidang tanah seluas kira-kira 0.2 hektar yang disewa daripada Perbadanan Muzium Kelantan pada Julai  tahun lalu,” katanya.

Pada peringkat awal, beliau membeli sebanyak 100 ekor induk arnab pedaging dan kini mempunyai kira-kira 300 ekor induk yang mampu menghasilkan antara 700 dan 1,300 ekor anak arnab.

“Menariknya, arnab jenis ini boleh mula dibuntingkan walaupun baharu berusia empat bulan dengan tempoh bunting pula sekitar 30 hari. Ia mampu menghasilkan antara empat hingga 10 ekor anak setiap kali tempoh mengawan. Bagi menjaga kualiti arnab yang dihasilkan, saya hanya membuntingkan induk sebanyak enam hingga lapan kali setahun.

“Anak arnab yang dihasilkan boleh mula dijual apabila berusia dua bulan dengan daging yang siap diproses seberat kira-kira 1 kilogram. Pasaran ketika ini sangat luas kerana tidak ramai yang menceburi bidang penternakan ini dan saya adalah penternak arnab terbesar di Kelantan ketika ini,” katanya.

Muhammad Ramzul Zahini berkata daging arnab yang manis selain pelbagai khasiat lain, mendapat permintaan tinggi di seluruh negara untuk dijadikan sate ataupun diperap sebelum dibakar.

“Boleh dikatakan keseluruhan badan arnab boleh dijual. Masyarakat Cina gemar membeli kepala arnab untuk dijadikan sup, dagingnya sesuai dijadikan sate ataupun masakan lain manakala bulu dan kulit pula boleh dijadikan barang hiasan.

“Ia juga senang dijaga, cuma perlu menyediakan kandang yang sejuk dan memantau kesihatan arnab kerana jika ia terkena cirit-birit, ia boleh mati dalam tempoh dua jam sahaja,” katanya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...