Dr Masliza Mahmod Melakar Sejarah Sebagai Wanita Pertama Malaysia Sebagai Profesor Madya di Universiti Oxford

Pemberian Vaksin Pneumokokal Bermula 1 Disember

KUALA LUMPUR - Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

EU Perlu Hentikan Diskriminasi Minyak Sawit Malaysia -Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien menggesa Kesatuan Eropah (EU) berhenti daripada diskriminasi minyak sawit Malaysia. Gesaan itu di buat di hadapan 27...

Terima Hakikat UMNO Parti Dominan Atau Game Over & No Deal – Shahril Hamdan

CYBERJAYA: Hakikat bahawa UMNO merupakan parti dominan dan isu berkenaan tidak sepatutnya dipertikaikan sebaliknya perlu diterima semua pihak, kata Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian...

Pemberian vaksin pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM bermula hari Selasa

CYBERJAYA: Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) seluruh negara,...

Macau Scam: Addy Kanna, Alvin Goh ditahan dua tahun

KUALA LUMPUR - Suspek utama sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian, Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong...

KUALA LUMPUR, 11 Julai  — Dr Masliza Mahmod melakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia yang dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengucapkan tahniah kepada Dr Masliza atas kenaikan pangkat itu serta mengakui kebijaksanaan dan pencapaian hebat beliau sebagai pakar kardiologi.

“Beliau sememangnya seorang pakar kardiologi yang bijak dan meskipun berdepan pelbagai kesulitan serta cabaran, ketabahan dan minat mendalam beliau dalam penyelidikan klinikal menjadikan beliau seorang pakar kardiologi akademik yang ulung.

“Tiada apa yang boleh menghalang beliau untuk terus melangkah ke tahap lebih tinggi. Kita amat berbangga dengan pencapaian beliau… ,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook.

Menurut Jabatan Perubatan Radcliffe di Universiti Oxford, penyelidikan Dr Masliza memfokus kepada penggunaan pengimejan resonans magnetik kardiovaskular (CMR), teknik-teknik spektroskopi bagi pengesanan awal kelainan jantung serta mencari rawatan baharu untuk pesakit kardiomiopati, kegagalan jantung, penyakit injap aorta dan diabetes mellitus.

Doktor berusia 47 tahun dari Batu Pahat, Johor itu kini menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Penyelidikan Kegagalan Jantung British Society of Cardiovascular Magnetic Resonance (BSCMR).

Ahli Royal College of Physicians (MRCP) dari London itu memiliki Ijazah Sarjana Perubatan Dalaman (MMed) dari Malaysia dan ijazah perubatan awal (MBChB) dari Universiti Otago, New Zealand.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan