BN Sebulat Suara Sokong Usul Muhyiddin Tukar Speaker Dewan Rakyat – Ahmad Zahid

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebulat suara akan menyokong sepenuhnya usul Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggantikan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang akan dibentang ke Parlimen, esok.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan ia merupakan satu keputusan terbesar pernah dibuat oleh blok BN bagi memastikan individu yang mewakili Dewan Rakyat mestilah datang daripada pihak kerajaan.

“Kita bersetuju untuk mendukung semua usul yang akan dibawa oleh Perdana Menteri esok.

“Kita tahu bahawa esok ada satu keputusan besar yang akan dilakukan iaitu menggantikan Speaker sedia ada dengan calon daripada pihak kerajaan.

“Kami memberikan dukungan 100 peratus kepada usul kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Pra Persidangan Parlimen Perikatan Nasional (PN) di bangunan Puspanitapuri, di sini, hari ini.

Terdahulu ahli-ahli Parlimen daripada Muafakat Nasional (MN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu dan kumpulan Pro Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadiri mesyuarat Pra Persidangan Parlimen yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Mesyuarat itu yang turut dihadiri oleh Senator Dewan Negara bermula kira-kira jam 3 petang tadi dan berakhir dua jam setengah selepas itu.

Antara pimpinan PN yang kelihatan hadir pada mesyuarat julung kali itu selain Muhyiddin, Mohamed Azmin dan Ahmad Zahid ialah Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (Bersatu-Alor Gajah), Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh), Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian), Senator Idris Ahmad, Senator Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengesahkan bahawa kehadiran dalam mesyuarat Kelab Penyokong PN (PNBBC) dihadiri oleh kesemua Ahli Parlimen pro kerajaan.

“Walaupun bukan 100 peratus (hadir) tapi saya fikir hampir 100 peratus,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat