Hampir 1,300 Kes Covid-19 Disahkan Di Akademi Tentera Indonesia

- Advertisement -

Seramai 1,280 orang di sebuah akademi tentera di Indonesia disahkan positif Covid-19, lapor AFP.

Menurut Ketua Staf Tentera Jenderal Andika Perkasa, mereka yang disahkan positif Covid-19 sudah dikuarantin dan 30 orang pada awalnya menerima rawatan di hospital dengan gejala ringan.

Daripada 1,280 jangkitan yang disahkan, 991 adalah kadet dan selebihnya kakitangan dan ahli keluarga mereka manakala seramai 17 orang masih berada di hospital sehingga semalam.

Akademi itu yang dikenali sebagai Sekolah Calon Perwira Angkatan Darat Indonesia terletak di Jawa Barat yang diketahui paling padat penduduknya

Wabak itu pertama kali dikesan ketika dua kadet pergi mendapatkan rawatan selepas mengadu demam dan sakit belakang.

Kedua-duanya diuji positif Covid-19 dan menyebabkan akademi yang mempunyai 2,000 kakitangan dan kadet itu turut dikehendaki melakukan ujian saringan.

Tidak jelas bagaimana kadet dijangkiti tetapi beberapa kakitangan tinggal di luar kompleks tentera.

Gabenor Jawa Barat meminta maaf atas wabak tersebut dan mendesak penduduk untuk mengehadkan pergerakan keluar masuk dari kawasan kejiranan di mana akademi itu berada sehingga semuanya terkawal.

Indonesia negara paling teruk dilanda Covid-19 di Asia Tenggara dengan lebih 74,000 kes Covid-19 dan lebih 3,500 kematian.

Jumlah sebenar diyakini jauh lebih tinggi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini mendesak Indonesia untuk melakukan lebih banyak ujian saringan Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat