Air Milo Jadi Tanda Ingatan, Kisah Pekerja Myanmar Di Malaysia Ini Undang Sebak

- Advertisement -

Buat sebahagian besar daripada kita, air Milo ataupun minuman bercoklat kemanisan itu mungkin hanyalah seperti minuman kebiasaan yang lain – kecuali rasanya yang lebih sedikit pekat dan menjadi sedikit luar biasa jika dihidangkan dengan gaya ‘Milo Dinosaur’ atau ‘Milo Tabur’.

Namun buat pekerja asing di sebuah kilang ini, air Milo yang sinonim sebagai minuman menghilangkan dahaga sepanjang hari masyarakat di negara kita menjadi peringatan yang sangat bermakna buat dirinya.

miloais

Kisah syahdu pekerja asing daripada Myanmar dan air Milo itu baru-baru ini diceritakan oleh salah seorang pekerja tempatan di kilang mereka bekerja melalui satu perkongsian di Twitter.

Menurutnya, beliau akan selalu melihat pekerja asing itu akan bersama air Milo setibanya waktu rehat untuk setiap hari di kilang tempat mereka bekerja.

photo_2020-07-12_11-47-38

Bermula daripada pemerhatiannya itu, beliau kemudiannya makin tertanya-tanya kenapa pekerja asing tersebut sangat menggemari air Milo sehingga tidak berminat untuk menikmati makanan atau minuman lain.

Sehinggalah pada satu hari, rakan kepada pekerja asing tersebut menceritakan kisah sebenar mengapa lelaki tersebut sangat meminati dan obses dengan minuman bercoklat tersebut.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,587FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat