Lebih 30 pindaan undang-undang sejak 2023, bukti agenda reformasi kerajaan sedang berjalan – Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan melaksanakan lebih 30 pindaan undang-undang sejak 2023 hingga kini dan berjaya mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025.

Perkara ini dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut beliau, ia bukti jelas agenda reformasi kerajaan sedang berjalan dan dilaksanakan, bukan retorik semata-mata.

Azalina bahkan bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin bahawa usaha reformasi bukan sesuatu yang patut dilakukan terburu-buru, tetapi ia proses tersusun dan memerlukan pengamatan menyeluruh.

“Reformasi sistemik tidak patut dilaksanakan tergesa-gesa atau sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai penggubal dasar, tugas kami ialah memastikan setiap ikhtiar reformasi bukan sahaja bercita-cita besar, namun lebih utama, ia hendaklah realistik dan boleh dilaksanakan untuk manfaat dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Janganlah seperti kiasan Melayu ‘baru bertatih hendak berlari, tersembam!’,” katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Azalina berkata kerajaan meletakkan asas reformasi tiada tandingan berbanding pentadbiran terdahulu, dengan bukti jelas melalui pembaharuan undang-undang dan institusi boleh dinilai rakyat.

Bagi maklumat lanjut agenda reformasi kerajaan dan pelaksanaannya, beliau mengajak rakyat melayari portal PetaRI dibangunkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri menerusi pautan https://petari.bheuu.gov.my/ yang mempamerkan kemajuan inisiatif reformasi dikemas kini secara berkala.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat