Malaysia China Institute Jadi Hub Baharu High TVET Negara

KUALA LUMPUR — Penubuhan Malaysia China Institute (MCI) dijangka menjadi pemangkin baharu dalam memperkukuhkan sistem pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) negara dengan memberi penekanan kepada bidang teknologi berimpak tinggi dan industri masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, Malaysia China Institute (MCI) akan memberi fokus kepada High TVET dan teknologi baharu seperti EV, teknologi bateri serta komponen berteknologi tinggi.

“Kita telah menubuhkan MCI sebagai terjemahan kepada komitmen antara Malaysia dan China. Jika institusi lain mempunyai skop yang luas, MCI lebih spesifik kepada High TVET dan teknologi terbaharu yang diperlukan industri masa kini.

“Sebuah kampus yang lebih besar akan dibina bagi menggantikan fasiliti sedia ada. Kita jangkakan peruntukan bagi pembangunan dan kelengkapan peralatan latihan di kampus baharu ini akan mencecah lebih RM500 juta,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Forum Malaysia–China yang berlangsung di Asia School of Business di sini hari ini.

Beliau berkata kerjasama strategik bersama China itu bukan sahaja melibatkan perkongsian kepakaran, malah turut merangkumi penyediaan kemudahan latihan moden termasuk penghantaran unit EV terkini untuk tujuan pembelajaran.

“China sangat komited, mereka telah menawarkan 5,125 tempat untuk pelajar kita mendapat pendedahan di sana dan kuota itu telah penuh sepenuhnya tahun lalu.

“Langkah strategik ini merupakan sebahagian daripada pelan besar negara untuk menyediakan hampir setengah juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2030 seterusnya menggandakan kebolehpasaran graduan tempatan ke peringkat tertinggi menjelang 2050,” katanya.

Tambah beliau, pembangunan kampus mega MCI akan dilaksanakan menerusi kerjasama melibatkan 12 kementerian di bawah Majlis TVET Negara bersama kementerian berkaitan di China.

Ahmad Zahid turut menjelaskan bahawa kerjasama tersebut tidak hanya tertumpu kepada pemasangan tempatan atau CKD semata-mata, sebaliknya melibatkan penghasilan komponen dan peralatan industri untuk pasaran antarabangsa.

“China telah menawarkan lebih 5,000 tempat kepada pelajar tempatan sejak 2023 dan kesemua kuota tersebut telah dipenuhi sepenuhnya pada tahun lalu.

“Kerjasama ini bukan sekadar tertumpu kepada proses pemasangan tempatan (CKD) sahaja dan bukan hanya kepada kereta EV tetapi produk-produk lain yang memerlukan tenaga kerja mahir mengikut spesifikasi mereka.

“Pihak China juga memberikan bantuan dari segi peralatan latihan, termasuk penghantaran unit kenderaan EV baharu bagi tujuan pembelajaran pelajar kita,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat