Jemaah T20, M40 Sebaiknya Bayar Penuh Kos Haji, Tak Perlu Subsidi – PBM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengemukakan saranan agar jemaah yang datang dari golongan T20 atau M40 yang mampu untuk melaksanakan ibadah haji tanpa sebarang bantuan daripada pihak kerajaan.

Kata Ketua Penerangan Parti Bangsa, Malaysia, Zakaria Abdul Hamid adalah lebih baik sekiranya mereka menggunakan wang mereka sendiri tanpa menggunakan sebarang subsidi daripada pihak kerajaan.

“Jemaah yang benar-benar mampu untuk membayar keseluruhan kos haji sewajarnya mempertimbangkan untuk tidak mengambil subsidi tersebut secara sukarela dan sudah tentu usaha murni ini akan dapat meningkatkan simpanan Tabung Haji yang akan diterjemahkan kepada agihan dividen kepada para penyimpan,” cadang Zakaria dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu menurut beliau, partinya menyokong penuh usaha kerajaan untuk melaksanakan program subsidi bersasar untuk jemaah haji yang akan melaksanakan Rukun Islam Ke-5 tersebut pada tahun ini.

“Sepertimana yang telah diketahui pada ketika ini, akibat daripada peningkatan kos, kenaikan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi, kos bagi seorang jemaah muassasah dijangka akan meningkat sehingga RM25,000.

“Pada 22 April 2022, Lembaga Tabung Haji telah mengeluarkan kiraan bayaran baharu, yang mana bagi jemaah haji dari golongan B40 hanya perlu membayar RM 10,980.00 dan bagi jemaah lain adalah sebanyak RM 12,980,” ujarnya.

Kadar baharu yang diumumkan oleh Lembaga Tabung Haji itu menyaksikan peningkatan RM1,000 kepada golongan B40 dan kenaikan RM3,000 pula bagi kategori bukan B40 yang mana sebelum ini kos yang perlu dibayar adalah 9,980.00 bagi semua jemaah,” kata Zakaria lagi.

“Kami menyokong penuh subsidi yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada golongan B40 yang benar-benar memerlukannya, namun, bagi golongan bukan B40, tanggungan sebanyak RM14,000.00 bagi setiap jemaah akan memberikan tekanan kewangan kepada Kerajaan Malaysia,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat