Hati-Hati Guna Tandas Awam, HFMD Boleh Berjangkit Menerusi Najis – Dr Malina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selain bendalir tubuh seperti air liur dan hingus, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) boleh juga dijangkiti menerusi najis.

Justeru Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, pengabaian aspek kesihatan terutamanya ketika berkongsi tandas awam boleh menyebabkan penyakit itu menjangkiti individu lain.

“Selain menerusi saluran pernafasan ia juga boleh dijangkiti menerusi najis. Misal kata sekiranya kebersihan tidak dijaga terutamanya ketika balik ke kampung, travelling atau mengunjungi tempat-tempat tertentu, mereka yang dijangkiti jika tidak menjaga kebersihan ia boleh menjangkiti individu-individu lain.

“Jika berlaku interaksi sosial atau berkongsi tandas awam yang sama, berkemungkinan akan mendapat jangkitan jika kebersihan tidak dijaga,” katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Dr Malina turut menggesa ibu bapa yang anak mereka mengalami HFMD supaya memanfaatkan sepenuhnya dan tidak menyalahgunakan cuti kuarantin yang diberikan.

Beliau berkata, peningkatan HFMD baru-baru ini terutamanya selepas Hari Raya Aidilfitri ini adalah susulan kedegilan sebilangan ibu bapa yang gagal mematuhi cuti kuarantin berkenaan.

Katanya, tindakan mereka itu turut menyukarkan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang penularan jangkitan itu.

“Ada yang ibu bapa yang masih keluar dengan anak-anak mereka yang sedang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat yang dikunjungi ramai seperti restoran, pusat beli belah dan tempat-tempat awam di mana akan berlaku interaksi antara individu terutamanya kanak-kanak, kerana untuk memantau pergerakan mereka,” katanya.

KKM sebelum ini dilaporkan berkata kes jangkitan HFMD di negara ini menunjukkan peningkatan 12.8 kali ganda sehingga minggu epidemiologi (ME) 17/2022, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sebanyak 22,463 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara sepanjang tempoh itu, berbanding 1,752 kes bagi ME 17/2021. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,601FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat