Tun M Mohon Maaf Langgar SOP

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada rakyat kerana cuai melanggar SOP dengan tidak melakukan imbasan suhu badan.

Menerusi catatan Facebooknya, kejadian itu berlaku di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah, pada 08 Mei 2021 lepas.

“Pada 8hb Mei, saya balik ke Langkawi untuk memenuhi beberapa program sampaikan sumbangan bulan Ramadhan serta Aidilfitri di kawasan Parlimen saya.

” Antaranya sumbangan raya kepada penduduk di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah.

“Saya dimaklumkan pada acara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut, kata Tun Dr Mahathir.

Beliau yang juga merupakan bekas Perdana Menteri menjelaskan kesalahan yang dilakukan merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Beliau meminta maaf kerana tidak patuh SOP.

“Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan.

“COVID-19 adalah wabak yang serius dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan. SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini,” ujarnya lagi.

Beliau menasihatkan masyarakat agar tidak harus ambil ringan dengan penularan yang semakin tinggi pada ketika ini.

” Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini,” mohonnya.

Terdahulu, tular di media sosial di mana Tun Dr Mahathir ketika menghadiri program tidak patut SOP dengan mengambil suhu badan. Rata-rata masyarakat tidak berpuas hati atas pelanggaran SOP dan meminta kerajaan mengambil tindakan sewajarnya.

Video tersebut juga dikongsi bekas Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak di laman Facebooknya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat