KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Datuk Seri Khaled Nordin memaklumkan, rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) gagal mencapai sebarang persetujuan.
Justeru Khaled membangkitkan persoalan, adakah rakyat Malaysia bersedia menghadapi ketidaktentuan masa depan?
“Nampaknya rundingan Iran dengan AS di Islamabad, Pakistan gagal mencapai apa-apa persetujuan.
“Dunia akan hadapi keadaan masa hadapan yang tidak menentu.
“Adakah kita rakyat Malaysia sudah bersedia dengan segala kemungkinan? Adakah kita bangsa yang kuat dan berketahanan,” soal Khaled dalam hantaran di Facebooknya pada Ahad.



