Semarak semula industri komik, animasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun komuniti kreatif animasi dan komik tidak dapat beraksi di pentas acara fizikal, kini kembali memulakan langkah.

Serentak memasuki fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lalu, Persatuan Animasi Malaysia (ANIMASI) menganjurkan program Zoom Kartun Ramadan di pusat beli-belah, KL Gateway Mall, Kerinchi.

Mengambil tema sempena Ramadan, acara itu bakal diisi dengan pelbagai aktiviti selama dua hari pada 23 dan 24 April ini.

Presiden ANIMASI, Amir Hamzah, berkata penganjuran acara itu diharap dapat memberi petanda baik untuk kembali menyemarakkan sektor berkenaan.

“Program ini antara acara dan aktiviti yang diisi sempena bulan Kartunis Malaysia disambut setiap April.

“1 April lalu menjadi ulang tahun majalah Gila-Gila dan serentak dipilih sebagai Hari Kartunis Malaysia sejak 2015,” katanya kepada BH Online.

 

Peminat kartun dan animasi tempatan berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang diisi sempena bulan Kartunis Malaysia disambut setiap April.
Peminat kartun dan animasi tempatan berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang diisi sempena bulan Kartunis Malaysia disambut setiap April.

 

Tambah Amir lagi, acara dua hari itu dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 6.30 petang secara percuma.

“Antara pengisiannya, termasuk pameran karya seni dipanggil #InkRamadan, bengkel melukis kartun oleh Ustaz Kartun, forum bersama Tokoh Kartunis Malaysia 2021, Ujang.

“Tak ketinggalan, aktiviti berkaitan karya kartun, animasi dan komik Malaysia. Turut diadakan sesi mewarna, pertandingan doodle serta jualan produk animasi dan kartun tempatan.

“Peminat kartun dan animasi tempatan juga berpeluang mendapatkan pelbagai koleksi barangan serta sesi bertemu kartunis yang hadir,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,597FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat