Hargai pelanggan VIP

- Advertisement -

Sempena Ramadan dan Aidilfitri ini, platform ‘OTT’ popular, iQiyi menyediakan pelbagai program menarik untuk pelanggannya terutama buat penggemar drama Melayu tempatan.

Drama Melayu hebat disajikan di iQiyi sebagai tanda penghargaan ke atas sokongan daripada pelanggan setia VIP serta peneraju perkhidmatan penstriman video atas permintaan Asia.

Justeru, tiga drama Melayu bakal menemui penonton di iQiyi pada musim perayaan ini ialah Bila Hati Memilih Dia, 7 Hari Mencintaiku 3 dan Kerana Aku Isteri Bidaan.

Drama Bila Hati Memilih Dia adalah adaptasi novel nukilan Wan Nur Najihah menampilkan gandingan Aedy Ashraf dan Eyka Farhana.

Manakala, siri drama fenomena iaitu 7 Hari Mencintaiku 3 masih menampilkan gandingan pelakon asal seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha dan ramai lagi.

Menariknya, drama untuk musim terbaharu ini yang padat dengan drama serta keterujaan bakal menemani penonton sebanyak 35 episod.

 

SCHA Elinnea tampil dengan drama Kerana Aku Isteri Bidaan.
SCHA Elinnea tampil dengan drama Kerana Aku Isteri Bidaan.

 

Tidak hanya itu, satu lagi drama yang mungkin ditunggu-tunggu penonton yang mencengkam perasaan ialah Kerana Aku Isteri Bidaan lakonan Hisyam Hamid dan Scha Elinnea.

Bagi memperkasa tayangan drama Melayu tempatan, penonton juga boleh menyaksikan karya-karya terdahulu yang diminati seperti 7 Hari Mencintaiku 2, 7 Hari Mencintaiku, Cukup Derita Itu, Lafazkan Kalimah Cintamu, Sabarlah Duhai Hati, Cinta Sekali Lagi dan Pengantin Satu Malam.

Bukan sekadar itu saja, peminat drama Korea, Cina dan program Anime terbaharu juga akan dihiburkan dengan sajian rancangan menarik.

Untuk drama Korea, pastinya The Murderer’s Shopping List dibintangi Lee Kwang Soo dan Kim Seol-hyun serta Shooting Stars lakonan Lee Sung-Kyung dan Kim Young-Dae.

Drama Cina pula menampilkan lakonan hebat pelakon Zhou Jie Qiong dalam drama Cina Be My Princess dan Feng Shaofeng menerusi Life is a Long Quiet River.

Bagi peminat anime, mereka disajikan dengan lima judul terbaik iaitu Kuroko’s Basketball Musim 1 – 3; Haven’t You Heard? I’m Sakamoto; Love, Chunibyo and Other Delusions!; Love, Chunibyo and Other Delusions – Heart Throb; Maid Sama! dan Tokyo Ghoul.

Sebagai menghargai sokongan pelanggan juga diadakan kempen ‘Strim & Menang’ yang berlangsung dari 1 April lalu sehingga 8 Mei depan, yang menawarkan hadiah-hadiah menarik serta lumayan untuk dimenangi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat