KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mempertikai tindakan bekas Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok tanpa pengetahuan parti.
Tun Faisal mempersoalkan, kenapa pertemuan dan rundingan antara kem Zahid dan kem Hamzah itu disenyapkan? Kenapa tidak dimaklumkan kepada Biro Politik dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) jika tujuan dan matlamatnya baik?
“Hamzah Zainudin jumpa Zahid Hamidi atas pengetahuan siapa Ini program rasmi? Kenapa senyap-senyap? Kenapa Hamzah tak upload gambar atau post macam program-program rasmi yang lain?
“Sebelum ini bukankah sudah ada pertemuan dan rundingan antara kem Zahid dengan kem Hamzah seperti yang disebutkan oleh pegawai Hamzah, semasa minta YB Mohamad Hanifah Abu Baker tandatangan SD pada 29 Ogos 2025?
“Kenapa tidak dapatkan mandat Presiden atau MPT sebelum rundingan? soal Tun Faisal.
Beliau bahkan mengingatkan, supaya tidak sesekali kali lupa niat Zahid mengadakan Kolaborasi Agung adalah untuk merangkul semua parti Melayu dan Islam di bawah satu platform untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan PH-BN.
“Pertemuan di Bangkok telah disahkan oleh sekurang-kurangnya tiga orang.
“Harap Chegubard boleh semak semula passport Hamzah, mana tahu kali ini dia akan nampak rekod perjalanan Hamzah ke Bangkok. Lain kali jangan berbohong,” bidasnya.
Dalam pada itu, Tun Faisal turut berkongsi kronologi peristiwa bermula Ogos 2025.
“23 Ogos 2025 -Gerakan Geng SD mendapatkan tandatangan Ketua-Ketua Bahagian dikesan di Wilayah Persekutuan dan Selangor.
“26 Julai / Ogos 2025 -Perhimpunan Turun Anwar.
“Ogos 2025 -Surat layang “Si Kitol”, iaitu mengenai gerakan SD dan “broker”, iaitu mengenai individu yang berunding tanpa mandat untuk mengangkat semula cadangan Majlis Eksekutif PN 1.0 disebarkan.
“29 Ogos 2025 -Salinan SD bocor. Ketua BPN Negeri Sembilan jelaskan pegawai Hamzah, dedahkan rancangan Zahid dan Hamzah jika Ketua-Ketua Bahagian sign SD mendesak Presiden berundur.
“2 September 2025 -Kenyataan Media KB Hang Tuah Jaya membidas penyebaran surat layang berkaitan “Si Kitol” dan “Broker”.
“6 September 2025 -Perjumpaan di Shah Alam: Wan Saiful, Shukor Ketua Bahagian Puchong dan Timbalan Presiden Hamzah berucap dalam majlis di sebuah restoran yang menjadi tempat perancangan kekacauan PAT 2025. [Audio tular]
“6 September 2025 – PAT Bersatu 2025: Kekecohan semasa Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin menyampaikan Ucapan Dasar Presiden,” dakwanya.



