Budayakan integriti dan amalan tatakelola baik bukan cuma bergantung penguatkuasaan perangi rasuah – PM

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak memadai dalam memerangi rasuah, namun usaha ini perlu diperkukuh melalui pembudayaan integriti dan amalan tatakelola yang baik secara menyeluruh, melibatkan sektor awam, swasta serta masyarakat, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN), saya menegaskan keseriusan isu ketirisan wang awam dan salah guna kuasa yang bukan sahaja merencatkan tadbir urus negara, malah menjejaskan kesejahteraan rakyat, termasuk kesihatan awam, alam sekitar dan integriti nasional.

“Antara dipersetujui di dalam mesyuarat ini ialah pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer – CeIO), pengukuhan agenda pencegahan rasuah negara berasaskan penyertaan semua pihak serta pemerkasaan koordinasi strategik antara agensi,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan kekal fokus memperkasa agenda tatakelola bagi memastikan integriti dan ketelusan terus menjadi teras perkhidmatan awam demi menjunjung amanah rakyat dan memperteguh keyakinan terhadap institusi negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat