PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin paling rendah

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Plihan Raya Negeri (PRN) Johor mungkin mencatatkan jumlah peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah sekiranya tiada perubahan dalam pola pengundian sebelah petang.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, jumlah keluar mengundi dalam PRN kali ini ialah 29%, yang merupakan angka keluar mengundi terendah bagi tempoh yang sama bagi beberapa pilihan raya lain.

Dalam PRN Sabah 2020, jumlah keluar mengundi pada jam 12 ialah 41 peratus, manakala PRN Melaka sebanyak mencatatkan 36 peratus.

PRN Sabah sebelum ini mencatatkan jumlah keluar mengundi sebanyak 66.61%, manakala Melaka mencatatkan 65.85%.

Jika pola pengundian sebelum ini dijadikan panduan, jumlah keluar mengundi dalam PRN Johor mungkin di bawah 60% sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kewibawaan mana-mana parti yang menang dalam PRN ini.

Kebanyakan pengundi dilihat bosan dengan politik yang tidak berkesudahan dan pilihan raya demi pilihan raya telah memilih untuk mengabaikan PRN kali ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat