Mahkamah Belanda arah henti hantar alat ganti pesawat F-35 ke Israel

- Advertisement -

LONDON – Sebuah mahkamah rayuan di Belanda pada Isnin memerintahkan kerajaan menghentikan penghantaran alat ganti jet pejuang F-35 ke Israel dalam tempoh tujuh hari.

Keputusan mahkamah itu susulan rayuan daripada pertubuhan hak asasi manusia yang mendakwa penghantaran bahagian itu menyumbang kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel.

“Mahkamah memerintahkan kerajaan untuk menghentikan semua eksport dan transit bahagian F-35 dengan destinasi terakhir Israel dalam tempoh tujuh hari selepas penghakiman ini disampaikan,” menurut mahkamah, lapor Agensi Anadolu.

Bahagian jet F-35 yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat, disimpan di sebuah gudang di Belanda. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat