Ada orang main mercun sebelum berlaku kebakaran di tingkat 17 Flat Sri Sabah – Penduduk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penduduk Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras di sini, mendakwa ada orang yang bermain mercun sebelum kebakaran berlaku yang menyebabkan enam unit kediaman di tingkat 17 musnah.

Nurul Adirah Mohd Roslan, 26, yang tinggal di tingkat tujuh berkata, dia sedang duduk santai di hadapan rumah bersama suami dan ibu mentuanya apabila mendengar bunyi letupan itu.

“Pada 9.15 malam tadi, ketika kami sedang lepak bersembang di luar rumah, terdengar bunyi letupan yang saya percaya ia bunyi mercun atau bunga api dari tingkat atas.

“Kira-kira 30 minit kemudian, keadaan jadi kecoh dan bomba pun tiba di lokasi. Kami sekeluarga bergegas turun menyelamatkan diri,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang lagi penghuni blok itu, Reduan Md Yusof, 45, berkata, dia dan isterinya sedang bersiap untuk tidur apabila berlaku kekecohan dan jeritan jiran yang memaksa mereka berdua keluar.

“Kami berdua sahaja di rumah… tengah siap-siap untuk tidur. Dengar bunyi bising jiran, jadi kami bergegas turun.

“Kami terpaksa menuruni tangga dari tingkat lapan demi keselamatan,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan enam rumah di tingkat 17 blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, terbakar. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat