Annuar Musa Nafi UMNO Ada Akaun Rahsia

- Advertisement -

CYBERJAYA:, UMNO tidak pernah membuat keputusan membuka akaun bank rahsia, kata Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu, sepanjang lebih 20 tahun beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti, itu tiada keputusan sedemikian pernah dibuat.

“Akaun sulit UMNO? Pemimpin Bersatu atau parti lain tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan bersifat tuduhan.

“Ini tidak membawa kepada sebarang kebaikan,” katanya melalui ciapan akaun Twitter miliknya, pada Jumaat.

Pada Rabu media melaporkan UMNO mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik sejak 1988.

Perkara itu didedahkan ketika pihak pendakwaan menyanggah dakwaan bahawa wang tunai RM114.16 juta yang dituntut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO dalam saman pelucutan hak berkaitan 1MDB terhadap OBYU Holdings adalah milik parti itu.

Dalam hujah bertulis Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin, pihak pendakwa mendakwa ia kerana sebilangan pemimpin UMNO sendiri menafikan mereka tahu mengenai dana tersebut.

Susulan pendedahan itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman menyifatkan perkara itu sebagai pengkhianatan yang jelas terhadap perlembagaan parti dan ahlinya.

Katanya, akaun bank yang tidak diisytiharkan (dan sumbangan politik yang tidak diaudit) jika terbukti berkaitan langsung dengan parti dan kepemimpinan UMNO, ia juga merupakan pelanggaran serius di bawah peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat