3,505 Pesakit Covid Pulih, 3,318 Jangkitan Baru, 17 Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan pertambahan 3,318 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan keseluruhan kes ni negara ini sebanyak 258,036.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan jangkitan kes tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 51,579 kes,” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau turut memaklumkan, dalam tempoh 24 jam lalu juga, Kementerian Kesihatan merekodkan 17 kematian baharu yang menajdikan keseluruhan kes kematian kini sebanyak 953.

Sementara itu, Dr Noor Hisham juga berkata, negeri Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,214 kes dan diikuti Johor (742 kes).

Setakat ini juga, sebanyak 258 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 119 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam masa sama, jumlah pesakit sembuh daripada pandemik berkenaan terus mencatat peningkatan dengan 3,505 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 205,774 kes. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat