Bekas Timbalan MB Selangor Meninggal Dunia

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, Datuk Abu Sujak Mahmud, meninggal dunia di kediamannya, di sini kira-kira pukul 6 petang tadi.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Kamaruzzaman Johari ketika dihubungi berkata, Allahyarham Abu Sujak, 82, meninggal dunia disebabkan sakit tua

Berita kematian itu dimaklumkan oleh anak saudara Allahyarham petang tadi. Difahamkan jenazah Allahyarham masih di rumahnya dan ziarah pada malam ini, hanya untuk keluarga terdekat saja.

“Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Surau Seksyen 4 esok, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Datuk Dagang, Kampung Jawa, Klang,” katanya.

Kamaruzzaman yang kali terakhir bertemu Allahyarham semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 lepas menyifatkan, Allahyarham sebagai seorang yang baik, suka menolong dan berpegang kuat kepada agama.

Allahyarham Abu Sujak anak jati Kampung Jawa, Klang memegang jawatan sebagai Timbalan kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada November 1989, sehingga Pilihan Raya Umum 1990.

Allahyarham juga menyandang kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang selama dua penggal bermula tahun 1986 hingga 1995, dan kemudiannya menjadi ADUN Batu Tiga selama satu penggal sehingga tahun 1999, semuanya atas tiket Barisan Nasional.

Selain itu, Allahyarham juga Datuk Bandar Shah Alam yang pertama dilantik pada 10 Oktober 2000. – BERNAMA

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Zionis Israel tak bertamadun serang menjelang Aidilfitri – Nazir

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Titiwangsa menyeru seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini...

MB Pahang sumbang RM5,000 Bantu Pesakit SLE

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada adik Norashikin Azizan yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus...

Khaled Nordin gesa ‘lockdown’ penuh di seluruh negara

CYBERJAYA: Kerajaan digesa melaksanakan sekatan penuh (lockdown) di negara ini bagi mengekang penularan Covid-19, memandangkan kes kian meningkat. Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed...