Radzuan Ibrahim, Lim Swee Tin terajui Pemuisi Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peguam, Datuk Dr. Radzuan Ibrahim mengekalkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI), manakala pemuisi terkenal dan penerima Sea Write Award, Datuk Dr. Lim Swee Tin di pilih sebagai Timbalan Presiden.

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-6 PEMUISI yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pagi tadi memilih ahli jawatankuasa merangkumi ahli akademik, profesional, ahli perniagaan dan sasterawan bagi menerajui persatuan sehingga tahun 2027.

Jawatan Setiausaha Agung disandang oleh Drs. Sundarappandian Velusamy, yang merupakan Ketua Jabatan Bahasa di Wesley Methodist International School Kuala Lumpur, manakala Roslimna Mohmmed Saad, Ketua Jabatan Pusat Pembangunan Kelestarian Seni dan Budaya, UIAM, dipilih sebagai Penolong Setiausaha Agung.

Datuk Wan Aziz Wan Hamzah, mantan pegawai kanan polis, dipilih sebagai Bendahari, dengan Tan Chin Wei, Pensyarah di Jabatan Bahasa Cina, Wesley Methodist International School, sebagai penolongnya.

Lapan ahli lain pula terpilih untuk menganggotai barisan Exco PEMUISI. Mereka terdiri
daripada Vasanthan Gopalan (ahli perniagaan), Datin Seri Nurmala Mas’odi (tokoh korporat), Mohamad Letfee Ahmad (mantan Pengurus Program Bernama TV), Dr. Shafa’atussara Silahuddin (Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya), Juzaila Ab Sattar (Pengarah Jabatan Ukur Malaysia), Siti Nabilah Kasdi (Penolong Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia), Siti Naquiah Mohamad Ismail (Guru Sekolah Seni Malaysia, Johor), dan Umar Mokhtar Abdullah (ahli perniagaan dan Deklamator Puisi Artistik Kebangsaan).

Pemilihan Pemeriksa Kira-kira juga telah diadakan, dengan Nor Asiya Nasir (peguam) dan Raihan Abdul Razak (ahli perniagaan) dipilih untuk jawatan tersebut.

Dalam ucapan perasmiannya, Timbalan Rektor UIAM, Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Noordin merakamkan penghargaan atas usaha berterusan PEMUISI dalam melaksanakan pelbagai program pada peringkat nasional dan antarabangsa.

Katanya, pencapaian penting PEMUISI, termasuk pengisytiharan Hari Puisi Malaysia (HPM) oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada 13 Jun 2021, sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap para pemuisi tanah air.

“Peranan penting PEMUISI dalam konteks antarabangsa melalui 'Kerabat Pemuisi Sedunia', yang kini melibatkan 28 organisasi dari 20 negara adalah pencapaian terbaik.

Begitu juga kejayaan program-program yang dianjurkan, termasuk Konvensyen Pemuisi Sedunia dan pelbagai acara baca puisi seperti Baca Puisi Palestin, Baca Puisi Nanggala, Baca Puisi Uyghur, Baca Puisi Rohingya untuk memberi sokongan kepada isu-isu serantau,” katanya.

Presiden PEMUISI, Dr. Wanrazuhar pula menegaskan pentingnya komitmen dari setiap ahli Exco yang dilantik bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program-program PEMUISI.

“Setiap individu mesti melaksanakan tanggungjawab bersama demi kelancaran semua inisiatif yang dirancang,” ujarnya.

PEMUISI yang ditubuhkan pada 2019 dianggotai oleh pemuisi pelbagai kaum dari seluruh negara.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat