Cabaran baharu buat Intan

- Advertisement -

PELAKON Intan Najuwa kembali menjadi sebutan penonton apabila muncul dalam drama Bunga Hati yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria, bermula semalam.

Intan yang melakonkan watak Dilaila berkata, watak itu berbeza daripada kebanyakan naskhah yang dijayakan sebelum ini.

“Karakter kali Ini berbeza kerana Dilaila agak lasak jadi ada adegan terjun sungai, masuk selut dan terjun bendang. Pertama kali saya buat semua perkara itu. Jadi ia menarik dan pengalaman yang tak boleh dilupakan.

“Watak kali ini agak ‘boyish’ dan seorang yang sangat selamba dan lasak. Memang berlainan dengan watak yang pernah saya bawakan. Saya suka kerana ia mencabar,” katanya.

Menurut Intan, selain karakter yang berbeza, cabaran lain yang ditempuh sepanjang penggambaran 20 episod drama itu adalah pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Cabarannya kena jaga SOP dan tak boleh cuai. Agak susah sebab kerja dalam kumpulan dan orang ramai. Kami kena melakukan ujian calitan Covid-19 dan perlu pastikan semua yang terbabit sihat.

“Selain itu, banyak adegan ‘outdoor’ jadi perlu berdepan dengan hujan dan panas. Dalam masa sama, cabaran juga adalah kerana penggambaran dijalankan di luar di Perlis jadi perlu jalan jauh. Pastinya kena sesuaikan diri di tempat orang,” katanya.

Menariknya, menerusi drama terbitan Zeel Productions dan arahan Jamal Khan dan Che Mi itu, Intan berlakon di samping nama-nama hebat antaranya Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Redza Rosli dan Zulkifli Ismail.

 

INTAN melakonkan watak yang tidak pernah dibawakan sebelum ini.
INTAN melakonkan watak yang tidak pernah dibawakan sebelum ini.

 

Intan berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan keserasian bersama mereka.

“Dengan beberapa pelakon dalam drama Bunga Hati ini, saya sudah bekerjasama dengan mereka beberapa kali. Disebabkan penggambaran dilakukan di luar Kuala Lumpur, jadi ‘bonding’ jadi lain. Kami akrab. Itu yang membuatkan keserasian mudah selain memang sudah ada.

“Sementara itu, bekerja dengan Abang Jamal dan Che Mi sangat membantu untuk saya bawakan karakter. Untuk setiap adegan, kami sama-sama berbincang untuk jayakan satu-satu adegan,” katanya.

Menurutnya, beliau berharap drama Bunga Hati diterima baik penonton.

“Sesiapa yang sudah membaca novel, kena tengok juga kerana ada ubah sedikit untuk sedapkan jalan cerita. Kena ikuti dari episod pertama hingga habis,” katanya.

Selain, watak utama drama ini menampilkan Redza Rosli dan Erwin Dawson. Sementara watak pembantu menampilkan Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Nafiez Zaidi, Faziq Mukhriz dan Zulkifli Ismail.

Dilaila adalah gadis yang ceria, gigih dan optimistik walau pun masa kanak-kanaknya tidak seindah orang lain. Dilaila dilahirkan tanpa pengetahuan bapanya, Sulaiman yang sudah menceraikan ibunya, Salimah ketika dia di dalam kandungan.

Dilaila diserahkan oleh Nek Tijah kepada Salimah untuk dijaga dan menjadi galang-ganti kepada Luqman, anak kandung Salimah yang cacat. Salimah terlalu bencikan Luqman hingga sanggup menderanya kerana dendam kepada bekas suaminya Talib.

Dilaila tidak gentar untuk mempertahankan Luqman setelah Nek Tijah meninggal dunia dan menjaga Luqman penuh kasih sayang.

Percintaan Dilaila dengan Amer yang baru berputik mendapat tentangan keras daripada Noraini yang membenci Salimah. Bagaimanapun Razak sukakan Dilaila dan mahu Dilaila menjadi menantunya. Kawan baik Dilaila iaitu Jessila dalam diam menyukai Amer dan sanggup buat apa saja untuk memiliki Amer.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat