Lapan minggu lagi, separuh benua Eropah akan dijangkiti – WHO

- Advertisement -

DALAM masa enam hingga lapan minggu lagi, separuh daripada benua Eropah akan dijangkiti varian Omicron COVID-19.

Demikian amaran diberikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan mengambil kira ramalan aliran semasa lonjakan varian baharu COVID-19.

Pengarah WHO Eropah Dr Hans Kluge berkata, gelombang Omicron landa barat hingga timur Eropah beberapa minggu lalu.

Malah ia diburukkan dengan situasi sedia ada iaitu lonjakan varian Delta.

Menurut Dr Hans, 7 juta kes baharu dilaporkan di Eropah pada minggu pertama 2022.
Jumlah jangkitan pula naik dua kali ganda dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya, Eropah dan Asia Tengah kini dalam tekanan ketika mana virus itu merebak daripada negara Barat ke Balkan.

Kajian terbaharu mendedahkan Omicron memberi kesan minimum untuk jatuh sakit berbanding varian sebelumnya.

Bagaimanapun, ia lebih mudah menular dan berjangkit sekali pun individu itu sudah lengkap vaksinasi.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat