‘Bersabar’, kebenaran akan muncul kata Azam Baki

- Advertisement -

SHAH ALAM – Dua tiga hari ini negara masih belum reda isu pemilikan jutaan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki.

Bagaimanapun, kenyataan beliau ditentang oleh enam ahli LPPR yang menegaskan kenyataan Abu Zahar itu adalah pendapat peribadi beliau semata-mata.

Enam ahli LPPR terbabit ialah Tan Sri Ismail Omar, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Seri Akhbar Satar, Datuk Hamzah Kassim, Datuk David Chua Kok Tee dan Profesor Datuk Mohammad Agus Yusoff.

Situasi itu membangkitkan lebih banyak persoalan dan persepsi negatif tanpa ada jawapan yang pasti.

Susulan itu, Abu Zahar pada Selasa memaklumkan dalam sidang media bahawa beliau bersedia untuk disiasat oleh mana-mana pihak atau organisasi pada bila-bila masa.

Abu Zahar menjelaskan, beliau terkejut apabila kesemua enam ahli LPPR itu mengadakan mesyuarat antara mereka tanpa memberitahu beliau terlebih dahulu dan telah mengeluarkan kenyataan media pada Sabtu lalu.

Ia kerana sebelum itu Abu Zahar telah mengatakan persetujuan untuk mengadakan perjumpaan tertutup ahli LPPR pada jam 10 pagi, 11 Januari 2022 di Akademik SPRM, Jalan Duta Kuala Lumpur.

-SINAR HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat