Hishammuddin tegas tak akan buat rayuan kembali kepada Umno, punca digantung pun tak pasti

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishamuddin Hussein menegaskan beliau tidak akan sesekali mengemukakan rayuan untuk kembali kepada Umno.

Alasan Ahli Parlimen Sembrong itu adalah kerana sehingga ke hari ini beliau tidak tahu punca penggantungannya selama enam tahun.

“Buat apa nak merayu. Sampai sekarang pun saya tak tahu mengapa digantung,” katanya di ketika ditemui media di Parlimen pada Rabu.

Berdasarkan surat rasmi diterima Hishammuddin, beliau digantung selama enam tahun bermula 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Surat bertarikh 30 Januari 2022 itu ditandatangani Datuk Seri Ahmad Maslan yang bertindak sebagai Setiausaha Agung Umno ketika itu.

Selain Hishammuddin, bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan turut digantung keahlian selama enam tahun.

Memetik laporan 1 Disember lalu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid menyatakan kesediaannya untuk kembali membuka ruang kepada bekas pemimpin Umno yang sebelum ini berdepan tindakan disiplin.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, jika Tajuddin boleh diterima kembali ke Umno, beliau tidak nampak sebarang masalah jika ahli MKT boleh melakukan keputusan sama terhadap bekas pemimpin Umno lain yang turut berdepan tindakan disiplin.

Rentetan itu Hishammuddin yang juga bekas Naib Presiden Umno tegas mengulangi pendirian untuk tidak merayu keputusan penggantungan keahliannya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat