Kilafairy cipta sejarah: Anak malaysia beraksi bersama lagenda Bollywood Udit Narayan

- Advertisement -

Kilafairy, atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, mencipta detik bersejarah dalam karier seni apabila menjadi penyanyi wanita Malaysia yang diberi peluang untuk berkongsi pentas bersama lagenda Bollywood, Udit Narayan, dalam Konsert Udit Narayan In KL pada 28 Disember 2024. Ini bukan sahaja peluang emas untuk penyanyi berusia 32 tahun ini, tetapi juga satu penghormatan besar yang menandakan langkah baharu dalam industri muzik tempatan.

Sebagai anak kepada penyanyi lagenda Allahyarham Rohana Jalil, Kilafairy tidak dapat menyembunyikan rasa terharu apabila mengenangkan arwah ibunya. “Jika arwah ibu masih hidup, pasti beliau bangga dengan pencapaian ini,” ujarnya penuh emosi. Rohana Jalil sendiri dikenali dengan vokalnya yang hebat, dan legasi itu kini diteruskan oleh Kilafairy dalam arena muzik antarabangsa.

Pemilihan Kilafairy untuk konsert ini bukan secara kebetulan. Kredibilitinya sebagai penyanyi yang fasih membawakan lagu Bollywood menjadi faktor utama pihak penganjur, VVST Digital Creation, memilihnya untuk acara berskala besar ini. Kilafairy yang mula mendendangkan lagu Bollywood sejak usia lapan tahun mengakui genre ini sangat dekat di hati. Malah, beliau mendedahkan bahawa dunia Bollywood menjadi inspirasi besar dalam kehidupannya, bukan sahaja dari segi muzik tetapi juga seni lakonan.

Kilafairy tidak mengambil ringan peluang ini. Dengan menyanyikan satu lagu solo dan dua lagu duet bersama Syamel, beliau kini giat menjalani latihan vokal dan mempelajari lenggok khas Hindustan. “Lagu Bollywood memerlukan penghayatan yang sangat mendalam. Lenggok dan emosi perlu seiring, dan itu cabaran utama saya,” jelasnya.

Selain persediaan vokal, Kilafairy juga bakal tampil dalam busana Bollywood yang elegan hasil rekaan Shanell Harun. Penampilannya dijanjikan sederhana tetapi penuh gaya untuk menonjolkan aura klasik Bollywood.

Bagi Kilafairy, terlibat dalam Konsert Udit Narayan In KL membawa dirinya kembali kepada kenangan indah zaman kanak-kanak. Filem-filem seperti Kabhi Khushi Kabhie Gham yang ditonton bersama keluarga menjadi momen nostalgia yang tak ternilai. “Setiap kali mendengar lagu Udit Narayan, saya terasa seperti dibawa pulang ke masa lalu, menikmati momen bersama arwah ibu dan keluarga,” katanya.

Meskipun ini merupakan penampilan pertamanya dalam konsert Bollywood berskala besar, Kilafairy optimis bahawa penglibatan ini akan membuka lebih banyak peluang pada masa depan. “Ini bukan sahaja peluang untuk saya, tetapi juga peluang untuk membawa nama Malaysia ke pentas Bollywood,” katanya penuh semangat.

Konsert Udit Narayan In KL bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, membawa kembali keindahan muzik Hindustan era 90-an sehingga kini. Udit Narayan, Raja Melodi Bollywood, akan mempersembahkan koleksi lagu ikoniknya yang pernah memeriahkan layar perak Bollywood.

Sebarang maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh didapati di MyTicket.Asia atau hubungi pihak penganjur di [email protected].

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan detik bersejarah ini, di mana Kilafairy bakal mewakili Malaysia di samping lagenda tersohor Bollywood, Udit Narayan!

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat