Filipina, China saling menyalahkan atas pertembungan kapal di Laut China Selatan

- Advertisement -

MANILA – Sebuah bot Filipina dan sebuah kapal Pengawal Pantai China pada Ahad, 10 Disember bertembung berhampiran kawasan terumbu yang menjadi rebutan.

Dengan kedua-dua negara saling menuding jari antara satu sama lain dalam pertembungan terbaharu di Laut China Selatan yang dipertikaikan.

Insiden itu berlaku semasa misi menghantar bekalan ke sebuah pangkalan tentera Filipina di Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly, yang mencetuskan pertikaian antara Manila dan Beijing.

Ia berlaku selang sehari selepas Filipina menuduh pengawal pantai China menggunakan meriam air untuk “menghadang” tiga bot pemerintah Filipina daripada menghantar bekalan kepada para nelayan warga Filipina berdekatan Scarborough Shoal, di luar pulau utama Luzon, lapor media antarabangsa.

Ketegangan sejak sekian lama antara Manila dan Beijing berhubung perairan yang dipertikaikan itu memuncak sejak beberapa bulan lalu berikutan beberapa insiden yang melibatkan kapal Filipina dan China, termasuk dua insiden perlanggaran kapal sebelum ini.

China menuntut hampir seluruh Laut China Selatan dan mengabaikan keputusan tribunal antarabangsa yang menegaskan bahawa tuntutannya tidak mempunyai asas undang-undang.

China sebaliknya mengerahkan bot untuk meronda perairan yang sibuk itu dan membina pulau buatan untuk mengukuhkan tuntutannya.

Menurut Pengawal Pantai Filipina, sebuah bot berdaftar Filipina yang membawa bekalan “dirempuh” oleh kapal Pengawal Pantai China semasa misi menghantar bekalan pada Ahad.

Jay Tarriela, jurucakap pengawal pantai bagi Laut Filipina Barat, berkata di platform media sosial X bahawa sebuah kapal China juga menggunakan meriam air untuk menyembur tiga kapal Filipina, menyebabkan salah satu daripadanya mengalami ‘kerosakan enjin yang serius’.

Pengawal Pantai China, bagaimanapun, menuduh bot Filipina “sengaja bertembung” dengan kapal China selepas ia “mengabaikan beberapa amaran tegas kami”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat