Saarani Janji Ubati ‘Luka’ PN Di Perak

- Advertisement -

KUALA KANGSAR – Menteri Besar Perak yang baharu Datuk Saarani Mohamad beri komitmen perbaiki sebarang kelemahan dalam hubungan dengan ketiga-tiga parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak di bawah pentadbirannya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak itu berkata sebarang ‘luka’ yang ada, turut akan cuba diubati.

“Apabila ketiga-tiga pimpinan tertinggi parti telah membuat keputusan untuk mengadakan kerajaan bersama semalam, bermakna kita telah bersiap sedia untuk menyatukan hati-hati pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan berkata demikian dalam sidang media sulungnya selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baharu di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, di sini.

Jumaat lepas, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang gagal memperoleh keyakinan majoriti ADUN sebagai Menteri Besar dalam usul dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru), bertindak meletak jawatan pada hari berikutnya.

Sejak itu Istana Kinta di Ipoh dikunjungi hampir setiap hari oleh pemimpin parti politik bagi menyatakan pandangan masing-masing kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sehinggalah pemimpin tertinggi UMNO, PAS dan Bersatu setuju mengekalkan status quo kerajaan PN di Perak dan menamakan Saarani sebagai Menteri Besar baharu, semalam.

Saarani dalam pada itu berkata beliau menjunjung titah Sultan Nazrin ketika istiadat mengangkat sumpahnya sebagai Menteri Besar, yang antara lain menyeru supaya kemelut politik tidak dipanjangkan lagi sehingga menjadikan pandemik COVID-19 memberi kesan lebih buruk kepada rakyat.

“Saya junjung kasih dan akan jalankan tugas untuk pastikan supaya seluruh barisan kepimpinan benar-benar dapat melaksanakan titah Tuanku,” katanya.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat