Polis Nafi Keluarkan Kompaun Terhadap Lelaki Tidak Pakai Pelitup Muka Di Depan Rumah

- Advertisement -

SHAH ALAM: Polis menafikan pihaknya telah mengenakan kompaun RM1,000 terhadap seorang warga emas kerana tidak memakai pelitup muka di hadapan rumahnya seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata lelaki berkenaan sebaliknya berada di kawasan awam, iaitu di sebuah taman permainan yang terletak tidak jauh daripada rumahnya ketika dikompaun Selasa lepas.

Dalam satu kenyataan di sini pada Khamis beliau berkata polis mengeluarkan kompaun ke atas lelaki berusia 65 tahun itu kerana berada di tempat awam tanpa memakai pelitup muka.

Terdahulu sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang lelaki warga emas dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di hadapan rumah oleh anggota polis yang melakukan rondaan pada kira-kira pukul 11 pagi di Taman Eng Ann, Klang dekat sini.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat