Legenda Itali Paolo Rossi Meninggal Dunia Pada Usia 64 tahun

- Advertisement -

PEMENANG Piala Dunia bersama Itali, Paolo Rossi, meninggal dunia pada usia 64 tahun.

Kematian Paolo Rossi dilaporkan setelah bertarung dengan masalah kesihatan seperti yang disahkan isterinya, Federica Cappelletti, dan tempat kerjanya, Rai Sport.

“Selamanya,” tulis Cappelletti dalam Instagram di samping gambar pasangan itu.

Rossi menjaringkan 20 gol daripada 48 penampilannya bersama Itali, termasuk ketika memenangi Anugerah Kasut Emas ketika negara itu menjuarai Piala Dunia 1982.

Selepas itu, ketika mewakili kelabnya, Juventus, Rossi turut memenangi Anugerah Ballon d’Or pada tahun yang sama.
Rossi memulakan karier profesionalnya bersama Juve tetapi turut pernah mewakili Como, Vicenza dan Perugia sebelum kembali ke Turin pada 1981.

Sewaktu bersama Vicenza, dia merupakan penjaring terbanyak Serie A 1977-78 dengan menjaringkan 24 gol.
Dia memenangi dua gelaran Serie A, satu kejuaraan Coppa Italia dan Piala Eropah sepanjang empat musim bersama Juve.

Rossi merupakan penjaring terbanyak Piala Eropah 1982-83, di mana Juve tewas kepada Hamburg dalam final sebelum membantu pasukan itu menewaskan Liverpool dalam perlawanan akhir 1985.

Dia kemudian menyarung jersi AC Milan dan Hellas Verona sebelum mengumumkan persaraan.

Rossi bermula dalam Piala Dunia 1982 dengan menjaringkan hatrik ke atas Brazil dalam membawa Itali ke separuh akhir, yang menyaksikan dia kemudian menghasilkan gol berganda ke atas Poland.

Rossi turut menjaringkan gol pembukaan ketika pasukannya menewaskan Jerman Barat 3-1 untuk menjulang Piala Dunia.

Selain itu, dia juga memegang rekod penjaring terbanyak Itali disamping Roberto Baggio dan Christian Viera dengan sembilan gol.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat