“Saya sudah risau minta nak buat kenduri kahwin besar-besaran, konsert” – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kebenaran untuk mengadakan majlis sosial berskala besar akan tetap diberikan, tetapi bukan sekarang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pembukaan sektor demi sektor akan dibuat satu demi satu mengikut keadaan semasa ketika negara baru melangkah memasuki fasa endemik dan apabila sudah kelihatan trend penurunan kes jangkitan harian.

“Sekarang ini kita ada lah secara terhad dalam negeri-negeri fasa tertentu dibenarkan seara kecil, tetapi saya faham maksud soalan itu secara sederhana dan besar.

“Hashtag kita #reopeningsafely, kita buka sektor ekonomi kita dengan selamat dan cermat. Esok (11 Oktober) pun saya sudah risau lebih-lebih lagi nak minta saya buka untuk kenduri kahwin besar-besaran, konsert dan sebagainya.

“Maksud saya, guys, lets take it slowly, one step at a time,” katanya memetik Astro Awani.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan yang sempadan negeri mula dibuka dan rakyat sudah boleh merentas antara negeri untuk pelbagai tujuan, namun harus tetap patuh kepada segala prosedur operasi standard (SOP) penjagaan kendiri.

Tegas Khairy, sektor sosial besar-besaran ini mungkin sektor yang terakhir dibuka sepenuhnya namun tidak bermakna ia tidak akan berlaku.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat