Penyatuan UMNO-PAS beri keyakinan ke Putrajaya – Nik Abduh

KUALA LUMPUR — Dua parti Melayu Islam iaitu UMNO dan Pas secara jelas menyatakan kesediaan menuju ke Putrajaya susulan kedua-dua parti itu membuka laluan ke arah usaha memperkukuh penyatuan Melayu dan umat Islam.

Penyatuan UMNO dan PAS dilihat mampu membuka laluan malah kedua-dua parti kini diyakini semakin bersedia untuk menuju Putrajaya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberikan keyakinan bahawa usaha penyatuan umat Islam mampu direalisasikan.

“Kita ucapkan tahniah kepada Zahid.

“Ucapan yang amat meyakinkan kita bahawa penyatuan umat Islam akan berjaya, insya-Allah. Dan kita sedang bersedia untuk ke Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Nik Mohamad Abduh turut menyentuh hubungan antara PAS dan UMNO, termasuk kehadiran wakil UMNO pada muktamar PAS sebelum ini.

“Sebagaimana kita amat berterima kasih kepada kehadiran UMNO di muktamar kita. Kita yakin bahawa UMNO juga gembira kita hadir ke sini,” katanya.

Kenyataan itu memperlihatkan perkembangan positif hubungan kedua-dua parti, khususnya dalam konteks usaha memperkukuh kerjasama dan penyatuan umat Islam di negara ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat