Puad nasihatkan Bersatu jangan keluar Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menasihatkan Parti Bersatu supaya tidak meninggalkan Perikatan Nasional (PN) kerana langkah itu boleh menyebabkan parti berkenaan kehilangan pengaruh dalam politik negara.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu kini berdepan tiga pilihan tetapi langkah terbaik adalah terus kekal dalam PM dan berusaha mendapatkan semula pengaruh mereka.

“Bersatu sebenarnya ‘hidup segan, mati tak mahu’. Jika keluar daripada PN, Bersatu mungkin berdepan nasib sama seperti Parti Berjasa dan Parti Pejuang, iaitu kekal wujud tetapi tidak mempunyai pengaruh yang besar.

“Bersatu ada tiga pilihan. Pertama, bubarkan Bersatu dan serahkan kepada pihak yang berminat. Kedua, tubuhkan gabungan baharu dengan mencari rakan komponen yang mempunyai pengaruh.

“Ketiga, terus kekal dalam PN dan mencari jalan untuk menguasai semula gabungan itu,” katanya.

Beliau berkata parti itu wajar kekal bersama PN kerana gabungan politik itu masih mempunyai asas sokongan politik yang boleh memberi faedah kepada rakyat.

“Biar rakyat melihat sendiri bagaimana cara Pas berkawan dalam politik. Pada masa sama, diharapkan UMNO sedar keadaan sebenar dan tidak terlalu yakin dengan kedudukannya sendiri.

“Bersatu perlu bijak membaca keadaan dan tidak terburu-buru mengambil keputusan yang boleh menjejaskan kelangsungan serta masa depan parti,” katanya.

Beliau turut mengambil Parti Cinta Malaysia (PCM) sebagai contoh yang didakwa telah melalui proses perubahan sebelum dikenali sebagai Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Mohd Puad berkata, parti Bersatu masih mempunyai pilihan untuk memulihkan sokongan dan mendapatkan kembali pengaruhnya.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat