1.8 juta pelancong China ke Malaysia tahun ini – Khairul Firdaus

KUALA LUMPUR — Malaysia merekodkan hampir 1.8 juta ketibaan pelancong dari China dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata ini berikutan pelaksanaan dasar pengecualian visa kepada rakyat negara itu.

Menurutnya, kementerian bersama persatuan agensi pelancongan juga giat melaksanakan pelbagai inisiatif promosi, termasuk memfokuskan kepada pelancong Muslim dari China.

“Sejak pengecualian visa dilaksanakan pada 2024, jumlah ketibaan pelancong China melonjak daripada 1.6 juta pada 2023 kepada 3.4 juta pada tahun lalu.

“Antara langkah diambil ialah membawa lebih 100 imam dari China dan Eropah untuk melihat sendiri konsep pelancongan mesra Muslim yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama,” katanya menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai usaha menarik pelancong Muslim China ke Malaysia di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, beliau memaklumkan promosi bersepadu dijalankan melalui Tourism Malaysia dan Pusat Pelancongan Islam (ITC) untuk memperkenal produk seperti Masjid Kristal ke pasaran Asean, Eropah, China, Jepun dan Korea Selatan.

“Ini mengenai strategi kementerian bagi agihan manfaat dan limpahan ekonomi kepada negeri Pantai Timur.

“Usaha ini juga berkait rapat dengan kebudayaan masyarakat setempat dan apabila elemen-elemen ini dapat dibawa dalam promosi, ia akan memberikan limpahan kepada industri seperti inap desa, kraftangan, dan makanan warisan,” katanya menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) di Dewan Rakyat, hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat