Lepas PRN, Anwar tak bagi muka lagi kepada penunggang agama

- Advertisement -

KERAMAT – Selepas 12 Ogos 2023 Perdana Menteri, menegaskan tidak lagi akan berkompromi dengan penunggang agama.

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu telah beliau maklumkan kepada kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong dan juga Sultan Selangor.

“Saya tidak kasar bukan datang untuk maki orang.

“Bolehkah kamu digelar Tok Guru sedangkan kamu menipu, terang-terang menghasut.

“Ya kita lepaskan, tunggu 12 hari bulan (PRN) selepas itu, apa pun keputusan, saya dah bincang dengan saudara Zahid, Fadillah, saya dah kemukakan kepada Agong dan juga Sultan Selangor.

“Saya kata ini bukan soal politik, saya tak peduli dia sokong apa, parti mana pun tetapi dia tunggang agama, permainkan hukum, memfitnah orang dan fitnah yang besar.

“Ini orang-orang luar tabie nak hukum, nak kafirkan orang yang tak sokong dia masuk neraka, musuh Allah.

“Saya nak bagitahu malam ini, after this, this PM if you support will not tolerate this nonsense,” tegas Anwar dalam Ceramah Grand Finale Arus Merah Kuning yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, Keramat malam tadi.

Perdana Menteri mengingatkan bahawa negara ini mesti menyantuni semua rakyat.

“Negara ini mesti selamat, negara ini mesti menyantuni semua rakyat.

“Ya Islam agama Persekutuan, ya kita tingkatkan kefahaman Islam, kita tingkatkan penguasaan dan mantapkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dan bahasa ilmu.

“Kita jamin hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kita muliakan dan pertahankan kedaulatan raja -raja Melayu, tapi jangan kita hina anak-anak Malaysia daripada mana-mana kaum.

“Setiap rakyat baik Dayak, Cina, India ..semua itu keluarga kita dan kita kena pertahankan,” ujar Anwar.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat