TNB tawar 2,500 dermasiswa buat pelajar B40

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) berbesar hati menawarkan 2,500 Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) bagi tahun 2021 kepada golongan B40, tanpa ikatan.

Pengerusi TNB, Dato Seri Mahdzir Khalid berkata, lebih RM1.2 bilion dibelanjakan untuk tajaan melanjutkan pendidikan manakala calon-calon tajaan biasiswa dan pinjaman pendidikan boleh ubah TNB juga sedang dikenal pasti.

Menurut beliau, pandemik COVID-19 yang terus memberi kesan kepada semua sektor ekonomi bukan penghalang untuk TNB untuk tetap meneruskan tajaan dermasiswa, biasiswa dan pinjaman pendidikan boleh ubah TNB menerusi Yayasan Tenaga Nasional (YTN).

Ujar Mahdzir sebaliknya, syarikat utiliti negara itu komited meneruskan tajaan untuk pelajar melanjutkan pendidikan mereka bagi menyokong usaha meningkatkan modal insan negara, selain membantu pelajar dari keluarga B40 keluar dari kepompong kemiskinan.

“Kami terpanggil untuk meneruskan tajaan, terutama Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) kepada pelajar dari keluarga susah melanjutkan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik COVID-19 yang masih berlanjutan.

“Dermasiswa MyBF diberikan kepada pelajar tanpa permohonan dan proses temu duga,
malah tiada bayaran balik. Calon yang layak dipilih daripada pengkalan data Bahagian
Kemasukan Pelajar IPTA – UPU Online dengan padanan dibuat dengan keluarga yang
tersenarai dalam sistem Bank Data Kemiskinan Nasional, eKasih.

“Seramai 2,500 lagi pelajar akan menerima tajaan dermasiswa MyBF pada tahun ini yang
mana jumlah tajaan tahunan setiap seorang di peringkat ijazah pertama adalah berjumlah
RM10,000, diploma RM9,000 dan sijil pula, RM6,600,” katanya.

Mahdzir memberitahu, Dermasiswa MYBF adalah kerjasama TNB dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) untuk menyelaras dengan mengenal pasti calon layak daripada keluarga berpendapatan rendah dengan membantu pelajar di tujuh universiti awam, politeknik dan kolej komuniti terpilih.

Antaranya, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti
Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

Jelas Mahdzir, sejak diperkenalkan pada 2018, lebih 5,000 pelajar telah pun menerima
manafaat MyBF sehingga tahun 2020 menerusi Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dengan TNB memperuntukkan sebanyak RM66 juta.

YTN yang ditubuhkan pada 1993 telah pun membelanjakan lebih RM1.2 bilion melibatkan
peruntukan dermasiswa MyBF (RM66 juta), biasiswa (RM597 juta) dan pinjaman pendidikan boleh ubah (RM547 juta) kepada lebih 18,500 pelajar.

“Biasiswa dan pinjaman pendidikan boleh ubah dikhususkan untuk pelajar cemerlang dalam bidang kejuruteraan, perakaunan dan pengajian bisnes. YTN, ketika ini juga sedang
mengenal pasti calon-calon pelajar yang berkelayakan bagi kedua-dua bentuk tajaan ini,”
tambahnya.

Mahdzir juga berkata selain YTN, TNB turut membantu pelajar di peringkat pendididkan tinggi menerusi Yayasan Canselor UNITEN (YCU), khusus untuk pelajar-pelajar di Universiti Tenaga Nasional.

“Pada tahun ini YCU menyumbang sejumlah lebih RM772 ribu bagi pembiayaan pelbagai
program melibatkan, antaranya pembelajaran secara maya (virtual learning), penyelidikan
pasca COVID-19 dan program sekolah angkat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat