Kami tidak pernah terbit berita yang didakwa palsu oleh Speaker Dewan Rakyat – SuaraTV

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suara.TV ingin merekodkan penafian menerbitan berita berjudul “Perdana Menteri terima surat Speaker maklum tiada majoriti, mahu bubar Parlimen” seperti yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebentar tadi.

kami telah pun memaklumkan kepada pejabat beliau dan membuat kenyataan penafian sebelum ini siaran media beliau.

Azhar Harun sebentar tadi mengeluarkan kenyataan media menafikan laporan berita yang kononnya laporan Suara.TV bertajuk “Perdana Menteri terima surat Speaker maklum tiada majoriti, mahu bubar Parlimen”.

Azhar Azizan dalam satu kenyataan tersebut menyangkal laporan palsu tersebut, sekali gus menafikan beliau ada mengeluarkan sebarang surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya merujuk kepada berita portal Suara.TV pada hari ini bertajuk “Perdana Menteri terima surat Speaker maklum tiada majoriti, mahu bubar Parlimen” yang memaklumkan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri telah hilang majoriti.

“Saya tidak keluarkan apa-apa surat kepada Perdana Menteri seperti yang dilaporkan. Itu berita palsu,” tegas Azhar Azizan.

Bagaimanapun Suara.TV tidak pernah melaporkan berita sedemikian.

Hari ini Editorial Suara.TV menafikan pernah mengeluarkan artikel ‘Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen’ seperti yang tular di aplikasi Whatapp dan media sosial yang lain.

“Adalah dinyatakan, artikel yang tular menggunakan logo Suara.TV adalah palsu dan berniat jahat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat