Kalau kalah undi percaya tak semestinya pembangkang jadi PM- Ketua Whip PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak semestinya ahli Parlimen pembangkang akan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang sokongan di Dewan Rakyat pada persidangan Dewan Rakyat September ini,” kata Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul.

Kata beliau, ‘mungkin’ ada calon lain dalam perbincangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang boleh memberikan keyakinan kepada Ahli Parlimen lain sebagai perdana menteri.

“Saya yakin sesiapa juga yang akan naik, tidak semestinya daripada pembangkang.

“Siapa pun yang naik fokus utama sekarang untuk memastikan bahawa isu pandemik dapat selesaikan secepat mungkin,” katanya memetik satu video dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata, Muhyiddin seharusnya membawa usul undi percaya di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahannya sama ada mempunyai majoriti sokongan atau tidak.

Katanya, usul usul undi percaya itu pernah dilakukan zaman-zaman sebelum ini.

“Kita tengok perdana menteri membawa usul undi percaya untuk mendapatkan keabsahan bahawa mereka mendapat sokongan majoriti.

Johari juga berkata, cara lain menentukan sama ada Muhyiddin sudah tidak mempunyai sokongan dengan gabungan Ahli Parlimen yang lain, adalah dengan membuktikan melalui dokumentasi, surat-surat kepada speaker dan surat-surat yang ditulis kepada Agong.

“Sebab itu kita katakan, beliau hanya mempunyai 103 sokongan Ahli Parlimen. Bukti yang tersebar, grafik yang dibuat oleh pihak-pihak media menunjukkan pembangkang mempunyai 117 sokongan.

“Sudah tentu beliau (Muhyiddin) menyatakan bahawa itu spekulasi, tidak benar dan andaian,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat