Jamawi Buat Laporan Polis Terhadap Menteri Sabah Warisan

- Advertisement -

Cyberjaya – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabon, Jamawi Jaafar membuat satu laporan polis terhadap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong Hong Jun.

Jamawi berkata laporan polis yang dibuat pada Ahad itu berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan Hong Jun dalam satu kumpulan applikasi WhatsApp.

Melalui tangkap layar yang dilihat SuaraTV, Hong Jun mendakwa Jamawi menerima wang sogokan sebanyak RM10 juta.

“Duit yang Jamawi terima semalam, betul-betul ni tuan. Dia kan katak last 10 juta tuan. Abang saya hantar tuan,” memetik kenyataan tersebut.

Jamawi berkata tuduhan tersebut satu fitnah yang melampau sambil menegaskan bersedia untuk disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya dan meminta pihak polis membuat siasatan serta memanggil nama-nama berkenaan yang membuat tuduhan dan firnah tersebut.

“Saya juga bersedia untuk disiasat pihak SPRM atau pihak berkusa berhubung perkara ini,” katanya.

Hong Jun dari Parti Warisan Sabah (Warisan) bagaimanapun gagal untuk dihubungi bagi mendapatkan maklumbalas berhubung perkara ini.

SPRM Sabah pada Julai, berkata sudah menghubungi beberapa ADUN yang kononnya ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti, baru-baru ini.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy bagaimanapun berkata, kesemua ADUN terbabit enggan membuat sebarang laporan rasmi kerana mendakwa tiada aktiviti rasuah berlaku.

Beberapa ADUN yang menyokong Datuk Seri Mohd Shafie Afdal sebelum ini mendakwa telah ditawarkan beberapa ganjaran termasuk jawatan sekiranya mereka melompat dan menyertai pembangkang di Sabah. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat