Harga Pelitup Muka Ditetapkan RM1

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kerajaan hari ini memutuskan untuk menetapkan harga pelitup muka jenis tiga lapis turun dari RM1.50 ke RM1 sahaja.

“Kita telah menilai semua aspek, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alenxander Nanta Linggi.

Kerajaan bersedia untuk turunkan harga siling ini ketahap paling rendah dimasa-masa akan datang. Beliau menjawab soalan lisan oleh Cha Kee Chin “adakah kerajaan bersedia menurunkan harga pelitup muka dimasa akan datang kerana ianya sudah menjadi barang keperluan rakyat”, di Dewan Rakyat.

Alexander juga berkata dengan langkah penurunan harga pelitup keparas lebih rendah ianya akan dapat membantu ibubapa membekalkan kepada anak-anak mereka yang bersekolah susulan kerajaan mewajibkan pemakaiannya semenjak 1 Ogos lepas.

Terdahulu, Kementerian telah menetapkan harga siling penutup muka ialah RM1.50 bermula 1 April lepas. Arahan ini termaktub dalam Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum), (No 2) (Pindaan) 2020.

Foto: Internet

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat