‘Kasut Itu Kurniaan Sultan Johor’ – Onn Hafiz

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan berita Johor China Press dan Oriental Daily kononnya beliau membeli kasut yang berharga RM40,000 seperti yang dilaporkan.

Tegas Onn Hafiz, ianya satu fitnah dan meminta tohmahan itu dihentikan.

Menurut Menteri Besar Johor itu, kasut yang dipakainya adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan Johor.

“Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.” Katanya menerusi Facebooknya, sebentar tadi.

Jelas Onn Hafiz lagi, ini bukan perkara baru malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Ianya sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat, ujarnya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat