Tunku Ismail Cadang MB Johor Pakai Selipar Sahaja

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan agar Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hanya memakai selipar ketika menjalankan tugas rasmi.

Kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu merujuk Datuk Onn Hafiz yang menafikan laporan media Johor Chinese Press dan Oriental Daily dengan memfitnah Menteri Besar Johor tersebut membeli kasut yang berharga RM40,000 seperti yang dilaporkan.

Menerusi ciapan Twitter HRH Crown Price of Johore, Tunku Ismail menitahkan agar Onn Hafiz agar menjalankan tugas untuk negeri Johor dan tidak melayan sangat apa orang lain cakap.

“Benda mcm (macam) ini pun jadi issue (isu)?

“Dato, sy (saya) cadangkan lepas Dato pakai selipar aja (sahaja),

“Baru smlm (semalam) saya terpikir nak hadiah jam tangan kepada Dato & beberapa pegawai kerajaan,

“Dato, nsht (nasihat) saya jalankan tugas utk (untuk) negeri Johor. Jgn (jangan) melayan sangat apa orang nak cakap. yg (yang) penting buat kerja.” titah Tunku Ismail.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan berita Johor China Press dan Oriental Daily kononnya beliau membeli kasut yang berharga RM40,000 seperti yang dilaporkan.

Tegas Onn Hafiz, ianya satu fitnah dan meminta tohmahan itu dihentikan.

Menurut Menteri Besar Johor itu, kasut yang dipakainya adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan Johor.-SuaraTV

BACA:

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat