Anak gadis dipuji jelita, Que Haidar ucap Alhamdulillah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Que Haidar,43, hanya mampu memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT apabila rupa paras dua anak gadisnya, Tengku Ratu Haidar, 13, dan Tengku Cleopatra Haidar, 10, dipuji jelita serta klasik oleh netizen di media sosial.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar berkata dia amat bersyukur di atas nikmat rupa paras cantik dikurniakan Allah SWT kepada anak-anaknya yang kini meningkat remaja itu.

“Alhamdulillah, kecantikan dimiliki anak-anak saya adalah kurniaan daripada Allah dan saya amat bersyukur. Terima kasih juga di atas kata-kata pujian dan doa-doa yang diberikan buat kami sekeluarga. Saya menghargainya,” katanya.

Baru-baru ini, tular video Que bersama dua anaknya yang dikongsikan di Tik Tok. Kebanyakan netizen memuji kecantikan Ratu dan Cleo yang disifatkan memiliki kejelitaan paras rupa klasik dan unik.

Ditanya juga mengenai pembabitan anak-anaknya itu di dalam kerjaya seni pada masa depan, Que berkata dia tidak akan menghalang Ratu dan Cleo bergelar artis sekiranya itu memang minat mereka.

Katanya, dia dan isterinya juga koreografer terkenal, Linda Jasmine lebih selesa menjadi ibu bapa yang sentiasa menyokong minat anak-anak.

“Saya tidak akan menyekat minat Ratu mahupun Cleo sekiranya mereka ingin menceburi karier seni pada masa depan. Macam Ratu, saya memang nampak bakat dia dalam nyanyian, lakonan dan tarian. Malah, di sekolah pun dia (Ratu) ada menyertai kelab lakonan.

“Manakala, Cleo pula didapati lebih minat melukis dan kami menghantarnya ke kelas melukis. Malah, sebenarnya saya sendiri pun terkejut melihat hasil lukisan-lukisan Cleo yang amat cantik,” katanya.

Menurut Que, apa yang pasti di sebalik sokongan padu diberikan sebagai ibu bapa, dia dan isteri juga cuba menyediakan ruang untuk anak mereka menuntut ilmu. Katanya, pada masa kini minat yang ada harus diperkukuhkan dengan ilmu.

“Ada minat saja tidak cukup tanpa didedahkan dengan ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang itu. Saya nak anak-anak saya menjadi penggiat seni yang ada bakat dan ilmu. Jadi, wajar untuk saya dan isteri menghantar mereka ke kelas seni yang berkaitan,” katanya.

Terdahulu, Que ditemui pada sidang media telefilem Lebai Sampan lakonannya di Astro Citra. Selain Que, barisan pelakon lain seperti Beto Kusyairi, Jalil Hamid dan ramai lagi yang diangkat dari kisah benar.

Que mendirikan rumah tangga dengan Linda Jasmine pada 14 Februari 2010. Selain dua anak kandung, Que juga mempunyai seorang anak tiri lelaki, Qalif Khan daripada perkahwinan lalu isterinya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat