Nama Jasper terpalit buruk?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Enggan mencetuskan perbalahan, pelakon dan penyanyi, Jasper Supayah memilih gerak sendiri, tanpa dinaungi mana-mana syarikat pengurusan.

Jasper berkata, dia memilih tidak membuka aib sesiapa, lantas, lebih selesa bergerak sendiri.

“Saya tidak mahu memberi kesan kepada periuk nasi orang lain. Saya berhenti menggunakan khidmat pengurusan Dinomay Entertainment (DME) atas beberapa sebab termasuklah tidak profesional dalam menguruskan beberapa perkara.

“Ia sekali gus mengakibatkan terpalit reputasi buruk hingga saya disenarai hitam beberapa syarikat produksi.

“Bagaimanapun, saya tidak bermusuh dengan pemilik DME yang juga pelakon dan penulis skrip, Lynnda Sharudin. Ini kerana Lynnda banyak membantu menaikkan nama termasuk mencari peluang promosi selama tiga tahun.

“Saya tetap kenang jasanya, cuma, rezeki bersama hanya setakat ini sahaja,” katanya kepada BH Online.

 

Jasper tetap kenang jasa Lynnda yang banyak membantu menaikkan namanya selama tiga tahun bersama.

 

Pelakon dan penyanyi kacukan Cina dan India itu, dia sudah tidak menaungi dengan DME, sejak setahun lalu.

“Sebelum ini, saya membantu Lynnda yang menguruskan syarikat pengurusan artis itu berada di tahap lebih baik. Kini, semakin ramai artis bernaung di bawah DME.

“Saya akui Lynnda bergelut dan bekerja keras untuk menaikkan nama syarikat pengurusannya.

“Saya berbangga dengan apa diusahakan,” kata Jasper yang kini menggunakan khidmat pembantu peribadi.

Dalam perkembangan lain, artis yang pernah menyertai Akademi Fantasia pada 2016 dan diperkenalkan menerusi drama Semusim Rindu kini sibuk merencana kerjaya seninya sendiri.

“Saya kini sibuk dengan rakaman program travelog untuk siaran RTM,” kata Jasper.

Sementara itu, Lynnda berkata, dia sedia maklum dengan keputusan Jasper.

“Jasper minta bergerak sendiri, tetapi saya masih menguruskannya jika ada projek kerja yang masih melalui saya.

“Selama ini, Jasper tidak bernaung secara rasmi di bawah DME. Ia lebih kepada pengurusan saya sendiri atas dasar kepercayaan dan kawan-kawan.

“Azza Elite pun tidak bernaung di bawah DME dan situasinya sama seperti Jasper. Apa pun, saya mendoakan yang terbaik untuk Jasper,” kata Lynnda.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat