Kek pisang dan bendera merah

- Advertisement -

DALAM situasi pandemik Covid-19 seperti hari ini, banyak aktiviti harian yang tidak dapat diteruskan seperti biasa, lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bagi pelakon, Zara Zya, dia juga sama seperti individu lain perlu menghabiskan masa dan memberi tumpuan di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti.

Di rumah, aktivitinya adalah lebih kepada perniagaan makanan yang dijalankan secara dalam talian.

“Di rumah, saya habiskan masa membuat kek pisang sebab perniagaan dalam talian masih berjalan seperti biasa. Ini yang menjadi tumpuan saya buat masa sekarang.

“Dari hasil jualan itu juga saya gunakan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam situasi sekarang,” katanya.

Berkongsi lagi mengenai aktiviti di rumah kerana aktiviti penggambaran tidak dapat dijalankan, Zara turut menghulurkan bantuan dengan memberi harga untuk ulasan produk yang rendah.

“Selain itu, saya juga penuhkan jadual saya dengan melakukan ulasan produk di Instagram dan sebagainya. Berbanding sebelum ini, saya letakkan harga yang lebih rendah sebab saya faham dalam situasi sekarang, ramai yang terkesan.

“Sedikit sebanyak, dapat juga saya ringankan beban peniaga kecil ini dan pada masa sama, membantu mempromosikan jualan mereka,” katanya.

HULUR bantuan kepada mereka yang memerlukan.
HULUR bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Terbaharu, Zara juga kini memulakan Kempen Kibar Bendera Merah bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan makanan untuk haiwan seperti kucing dan anjing.

“Bukan manusia saja yang terkesan. Haiwan pun sama juga kan? Mesti ada yang kelaparan juga. Sesiapa yang perlukan bantuan untuk haiwan kesayangan anda, kibarkan bendera merah,” katanya.

Zara memulakan kempen itu menerusi badan bukan kerajaan (NGO) kelolaannya, Malaysia Prihatin dan mendapat kerjasama daripada Persatuan Haiwan Malaysia.

Harian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat